Telah bersepakat para Salafu Soleh di atas mengisbat sifat-sifat Allah taala tanpa takwil atau tasybih, Tidak betul walau seorang pun dari kalangan mereka mentakwil ayat-ayat sifat, Adapun apa yang diriwayatkan daripada mereka mengenai yang demikian (bahawa mereka mentakwil sifat) samada sebenarnya ia bukanlah takwil tetapi tafsif bil lazim (penafsiran mengikut kelaziman) beserta mengisbat sifat itu sendiri, atau ayat-ayat itu bukanlah daripada ayat-ayat sifat, ataupun itu adalah sebuah takwilan tetapi tidak sahih sanadnya daripada orang yang mereka sandarkan.