Dakwaan bahawa Ibnu Abbas Radhiallahuanhu berkaitan beliau mentakwil nas-nas (wajah):
Mereka mendakwa bahawa Ibnu Abbas Radhiallahuanhu telah mendakwa sifat wajah bagi Allah, mereka berkata : Allah berfirman : "وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ" bermaksud (Dan akan kekallah Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan) Surah Arrahman: Ayat 27, Berkata Ibnu Abbas Radhiallahuanhu : "اَلْوَجْهُ" Wajah itu adalah hanya ibarat sahaja daripadanya.
Jawab Syubhah
Bahawa yang disebut oleh Al-Qurtubi ini tiada baginya asal/asas daripada Ibnu Abbas Radhiallahuanhu.
Yang thabit daripada Ibnu Abbas Radhiallahuanhu mengisbatkan (mengiakan/memperakui) "اَلْوَجْهُ"wajah bagi Allah taala, maka sesungguhnya Ibnu Abbas Radhiallahuanhu berkata berkenaan firman Allah taala : "لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَى وَزِيَادَةٌ" bermaksud (Bagi orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik akan dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan) [Surah Yunus: Ayat 26] : ("الزِّيَادَةُُ" satu tambahan itu : melihat kepada wajah Allah SWT).
[Al-lalikaie (J 3 : m/s 459) dan Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' dan Assifat (m/s 133)].
Telah berkata Ibnu Abbas Radhiallahuanhu dalam firman Allah taala : "إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ" (Melihat kepada Tuhannya). [Surah Al-Qiyamah : Ayat 23] : "نَظَرَتْ إِلَى خَالِقِهَا" (Melihat kepada Penciptanya). [Telah meriwayatkannya Al-Ajurri di dalam Assyari'ah (m/s 270) dan menguatkannya lagi oleh Assayuti di dalam Addar Al-Mansur oleh Ibnu Munzir].