Dakwaan Ibnu Abbas telah mentakwil Al-kursi.
Mereka berdalilkan dengan apa yang diriwayatkan oleh Attabari dari jalur Jaafar Bin Abil Mughirah daripada Said Bin Jubair daripada Ibnu Abbas R.H.M bahawa beliau berkata : "(Luas kursinya) Al-Baqarah : 255, - Kursinya : Ilmunya."
Dakwaan ini tidak sahih daripada Ibnu Abbas R.H diatas beberapa perkara :-
Pertama:
Berkaitan Jaafar Bin Abil Mughirah seorang perawi yang lemah mengikut ulama hadis, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menjelaskan hukum berkaitan perawi dengan berkata " صَدُوْق يَهِم " (bersifat adil tetapi ada beberapa kelemahan pada ingatannya.) [Kitab Taqrib Attahzib (m/s 201)]
Dengan itu tidak diterima riwayatnya yang bersendirian di sisi ramai ulama hadis, tidak seperti perawi Said Bin Jubair kecuali beliau adalah seorang yang pakar, maka apabila disandarkan kepada yang demikian akan menyelisihi lebih ramai riwayat para thiqat (orang yang sangat dipercayai) dari kalangan ashab Said Bin Jubair, maka tidak syak lagi hukum yang jelas bahawa ini adalah kesilapan dan kejanggalan perawi.
Kedua:
Jaafar Bin Abil Mughirah telah menyelisihi perawi yang lebih thiqah (dipercayai) daripadanya seperti Said Bin Jubair.
Telah diriwayatkan oleh Muslim Al-bathin daripada said bin Jubair daripada Ibnu Abbas R.H. bahawa beliau berkata: "Kursinya tempat kedua tapak kakinya, dan Arasy tidak dapat ditentukan kadarnya".
Diriwayatkan oleh :-
Abdul Razak di dalam tafsirnya (J 3 : m/s 251)
Addarimi di dalam Arraddu alal Marisi (J 1 : m/s 412)
Ibnu Abi Hatim di dalam Attafsir (J 2 : m/s 491)
Abdullah di dalam Assunnah (J 2 : m/s 586)
Ibnu Khuzaimah di dalam Attauhid (m/s 107)
Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Arasy (m/s 79)
Abu Sheikh di dalam Al-Azomah (J 2 : m/s 582)
Ibnu Mandah di dalam Arradu alal Jahmiyah (m/s 44)
Ibnu Battah di dalam Al-Ibanah (J 3 : m/s 337)
Addaruqutni di dalam Assifat (m/s 111)
Al-Hakim (J 2 : m/s 310) dimana beliau berkata : "Hadis ini sahih diatas syarat Imam Bukhari dan Muslim", dan dipersetujui oleh Imam Azzahabi.
Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa Assifat (m/s 474)
Abu Zar Al-Harawi di dalam Al-Arbain fi tauhid (m/s 57)
Al-khatib di dalam Tarikh Al-Baghdad (J 9 : m/s 251)
Azzahabi di dalam Al-Uluw (m/s 76), berkata Al-Albani di dalam Mukhtasar Al-Uluw (m/s 75) : Sahih.
Muslim Al-Bathin adalah orang yang sangat thiqah (dipercayai) bagi Said Bin Jubair, Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim mengenainya.
Telah berkata Ibnu Mandah berkenaan Jaafar Bin Abil Mughirah: (Tidak diikuti keatasnya Jaafar, dan dia bukan seorang yang kuat ingatannya bagi Said Bin Jubair) [Kitab Arraddu Alal Jahmiyah (m/s 45)].
Ketiga:
Bahawa Para Ulama Hadis dan para imam telah mensahihkan riwayat " موضع قدميه " (Tempat kedua tapak kakinya) dan mendhaifkan riwayat Al-Mughirah berkaitan " العلم " (Ilmu).
Abu Zur'ah mensahihkannya dengan kata-kata yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Mandah di dalam Attauhid dimana dia berkata: (Ditanya kepada Abu Zur'ah mengenai Hadis Ibnu Abbas : Tempat kedua tapak kakinya, Maka dia berkata: Sahih) [Kitab Attauhid (J 3 : m/s 309)].
Addaruquthni meriwayatkan dalam Assifat dengan sanadnya : Daripada Al-Abbas Bin Muhammad Adduri berkata : Aku telah mendengar Yahya Bin Ma'in berkata : "Aku menyaksikan Zakaria Bin A'di bertanya Waqi' lalu berkata : Wahai Abu Sufian, Apakah makna hadis-hadis ini : seperti Kursi tempat dua tapak kaki, dan semisalnya?Berkata Waqi' : Kami dapati Ismail Bin Abi Khalid, Sufian, dan Mus'ir menceritakan hadis-hadis ini dan mereka tidak menafsirkan sesuatu pun"
Telah berkata Addarimi dalam "Arraddu alal Marisi" : (maka dikatakan kepada Al-Marisi : Adapun apa yang telah engkau riwayatkan daripada Ibnu Abbas maka sesungguhnya ia daripada riwayat Jaafar Al-Ahmar, dan Jaafar Al-Ahmar bukanlah dari kalangan orang yang dipegang riwayatnya kerana menyelisihi perawi-perawi thiqah yang lebih diyakini. dan sesungguhnya diriwayatkan oleh Muslim Al-Bathin daripada Jubair daripada Ibnu Abbas berkaitan Kursi menyanggahi apa yang didakwa keatas Ibnu Abbas. - Kemudian disandarkan kepada Muslim Al-Bathin berkaitannya, kemudian dia berkata : maka Al-Marisi mengakui akan hadis ini dan mensahihkannya.)[Arraddu alal Al-Marisi (J 1 : m/s 411)].
Al-Baihaqi meriwayatkan dari dua jalur di dalam "Al-Asma' wa Assifat" dan dia berkata : (Telah berfirman Allah Taala " وسع كرسيه السماوات والأرض " maksudnya (Luas kursinya meliputi langit dan bumi" Al-Baqarah : 255. Dan telah meriwatkan kepada kami Said Bin Jubair, daripada Ibnu Abbas R.H. bahawasanya dia berkata : Ilmunya. Kesemua riwayat daripada Ibnu Abbas dan selainya menunjukkan diatas bahawa yang dimaksudkan dengan Kursi yang masyhur di sebut bersama Arasy) [Al-Asma' wa Assifat (m/s 497)].
Telah berkata Azzahabi di dalam Al-Uluw : (Telah berkata Ibnu Abbas : Kursinya : Ilmunya. maka ini telah datang dari jalur Jaafar Al-Ahmar, yang dhaif dan telah berkata Ibnu Al-Anbari : Sesungguhnya ia diriwayatkan dengan sanad yang disangkal padanya) [Al-Uluw (m/s 117)]
Telah berkata Ibnu Mansur Al-Azhari di dalam Tahzibul lughah : (Yang sahih dari Ibnu Abbas mengenai kursi apa yang diriwayatkan Atthauri dan selainnya daripada Ammar Addahani daripada Muslim Al-Bathin -dan dia menyebutkannya- kemudian dia telah berkata : Ini adalah riwayat yang telah bersepakat ahli ilmu diatas kesahihannya, dan orang yang meriwayatkannya daripada Ibnu Abbas mengenai kursi, bahawa ianya adalah Ilmu tidaklah dithabitkan oleh ahli makrifat mengenai pengkhabarannya) [Tahzibul lughah oleh Azhari (J 10 : m/s 54)]
Keempat:
Bahawa tafsir Kursi adalah tempat letak dua tapak kaki bersesuaian dengan apa yang sahih daripada Nabi SAW dan kata-kata para sahabat R.A.H.
Daripada Abi Zar R.A, bahawa NAbi SAW bersabda : ( Tidaklah tujuh langit berbanding Kursi itu melainkan hanya seperti sebentuk cincin yang dilemparkan di tengah padang pasir, dan kelebihan Arasy keatas Kursi seperti lebihnya padang pasir keatas cincin itu).
Telah diriwayatkan oleh :-
Ibnu Jarir (J 3 : m/s 10)
Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Arasy (m/s 77)
Ibnu Battah di dalam Al-Ibanah (J 3 : m/s 181)
Abu Sheikh di dalam Al-Azomah (J 2 : m/s 570, 649)
Ibnu Hibban di dalam sahihnya (J 1 : m/s 287)
Abu Nu'aim di dalam Al-Huliah (J 1 : m/s 166)
Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa Assifat (m/s 510). dan disahihkan oleh Al-Albani di dalam Al-silsilah Asahihah (J 1 : m/s 109, 174).
Telah berkata Abdullah Bin Mas'ud R.H : ( Jarak diantara langit ke bumi lima ratus tahun perjalanan, kemudian jarak diantara dua langit lima ratus tahun perjalanan, dan Kursi di atas air, Dan Allah taala di atas arasy, dan tidak tersembunyi kepadanya daripada perbuatan kalian sesuatu apa pun)
Telah diriwayatkan oleh:-
Addarimi di dalam Arraddu alal Jahmiyah (m/s 55)
Ibnu Khuzaimah di dalam Attauhid (m/s 105-106)
Attabrani di dalam Al-kabir (J 9 : m/s 202)
Abu Sheikh di dalam Al-Azomah (J 2 : m/s 565, 689)
Ibnu Battah di dalam Al-Ibanah (J 3 : m/s 171)
Al-lalakaie (J 3 : m/s 395)
Ibnu Abdil Bar di dalam Attamhid (J 7 : m/s 139)
Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa Assifat (m/s 507)
Di bawa oleh Azzahabi di dalam Al-Uluw (m/s 79) dan dia menisbatkan kepada Abdullah Bin Imam Ahmad di dalam Assunnah dan Abu bakar Bin Munzir dan Abu Ahmad Al-A'sal dan Abi Umar Al-Tolamanki, dan dia berkata : sanadnya sahih. Dan disahihkan juga oleh Al-Albani di dalam mukhtasar Al-Uluw (m/s 75).
Daripada Abu Musa R.H berkata : ( Kursi : Tempat tapak kaki, baginya bunyi seperti bunyian tempat lapik tunggangan).
Diriwayatkan oleh:-
Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Arasy (m/s 78)
Abdullah di dalam Asunnah (J 1 : m/s 302)
Ibnu Jarir (J 3 : m/s 9)
Abu Sheikh di dalam Al-Azomah (J 2 : m/s 627)
Ibnu Mandah Dalam Arraddu alal Jahmiyah (m/s 46)
Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa Assifat (m/s 509)
Di bawakan oleh Azzahabi di dalam Al-Uluw (m/s 107) dan disahihkan oleh Al-Albani di dlam Al-mukhtasar Al-Uluw.
Asar-asar di dalam bab ini sangat banyak, dengan yang demikian jelaslah tiada kesahihan asar ini dari Ibnu Abbas radhiallahuanhu dan juga dengan adanya kejanggalan padanya, mereka yang berdalil dengannya telah tersilap dalam pendalilan. Wallahua'lam bi ssawab.