Dakwaan bahawa Ibnu Abbas R.H. mentakwil (maji'u rob) kedatangan Allah Azzawajalla, mereka berpegang diatas apa yang telah disebutkan oleh Annasafi (1) didalam tafsirnya (2) mengenai firman Allah taala :
( وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفّٗا صَفّٗا - ٢٢)
maksudnya : "dan datanglah Tuhanmu; sedang malaikat berbaris-baris." - Surah Al-Fajr : 22, apa yang dinaskan (ditakwil) ia : (Daripada Ibnu Abbas : Urusannya dan ketetapannya)
-----------------------------------------------
(1) Abu Al-Barakat Abdullah Bin Ahmad Bin Mahmud Hafizuddin Annasafi (W : 710H)
(2) Kitab Tafsir Annasafi = Madarikhul Tanzil Wa Haqoiqu Takwil , Jilid : 3 , m/s 541.
dan juga seperti apa yang dinaqalkan daripada Hasan Al-Basri.
Tidak ada asal/asas bagi dakwaan ini ataupun sanad, tidak ada daripada Ibnu Abbas ataupun Hasan Al-Basri dan tidak diriwayatkan oleh seorang pun penulis-penulis dari ahli periwayatan.