Syubhah
Dakwaan Ibnu Abbas Radhiallahuanhu bagi lafaz (Al-Aid).
Mereka mendakwa bahawa Ibnu Abbas Radhiallahuanhu mentakwil tangan bagi Allah mereka berkata : Allah SWT berfirman : "وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ" maksud : (Dan langit itu kami bina ia dengan Aid (tangan) kami) Surah Azzariat : 47, berkata Ibnu Abbas Radhiallahuanhu : بِقُوَّةِ وَقُدْرَةِ (dengan kekuatan dan kekuasaan). [Al-Qurtubi]
Jawab syubhah
Bahawa sesungguhnya kesalahan dan kekeliruan memahami dan menterjemahkan lafaz "Al-Aid" di sana (surah Azzariat ayat 47) yang ianya bukan daripada perkataan jamak bagi Yadun (Tangan)❌, tetapi asalnya adalah daripada perkataan Aidun (Kekuatan)✔️. Allah SWT berfirman : "وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ" maksud : (Dan langit itu kami bina ia dengan Aid (kekuatan) kami) [Surah Azzariat : 47].
Berkata Ibnu Manzur di dalam Kamus Lisanul Arab dalam bab "Aidun" (kekuatan) :
( أَيْدٌ: اَلْأَيْدُ، وَالْآدُ ، جَمِيْعاً: اَلْقُوَةُ )
أَيْدٌ Aidun (Dalam bentuk kata tunggal yang nakirah iaitu tiada alif lam) :
اَلْأَيْدُ Al-Aidu (Dalam bentuk kata tunggal yang makrifah iaitu ada alif lam)
وَالْآدُ ، جَمِيْعاً Dan Al-Aadu (Dalam bentuk kata makmuj dari perkataan Aidun dan Al-Aidu yang tunggal)
اَلْقُوَةُ Kesemua yang di atas bermaksud kekuatan.
Di dalam petikan khutbah Saidina Ali Karamallahu wajhah menyebut : "وَأَمْسَكَهَا مِنْ أَنْ تَـمُوْرَ بِأَيْدِهِ", iaitu بِقُوَّتِهِ (dengan kekuatannya), dan firman Allah SWT: "وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِ" maksud (dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai Al-Aid; (kekuatan)) m/s 17 iaitu "ذَا الْقُوَّةِ" (yang memiliki kekuatan) sesungguhnya Allah menguatkannya diatas perkara itu.
Abu Zaid :-
"آد يَئِيْدُ أَيْداً ، إِِذَا اشْتَدَّ وَقَوِيَ. وَالتَّأْيـِيْدُ: مَصْدَرٌ أَيَّدْتُهُ ، أَيْ قَوَّيْتُهُ"
َآد = Dia telah menguatkan. (Kata kerja yang telah berlaku)
يَئِيْدُ = Dia sedang/akan menguatkan. (Kata kerja yang sedang dan akan berlaku)
أَيْداً ، إِِذَا اشْتَدَّ وَقَوِيَ = Kekuatan, Apabila dia telah mengukuhkan dan menguatkan.
Dan التَّأْيـِيْدُ (kekuatan) : Adalah masdarnya (kata terbitannya).
أَيَّدْتُهُ adalah قَوَّيْتُهُ (menguatkan)
Allah SWT berfirman :" إِذْ أَيَّدتُّكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ " bermaksud (ketika Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus.) [Surah Al-Maidah : 110]
Maka dibacakan إِذْ أَيَّدتُّكَ itu adalah maksudnya إِذْ قَوَّيْتُكَ (ketika Aku menguatkan kamu). [Lisanul arab : Bab "Aidun"]
Telah berkata pemilik kamus mukhtaru sohah di dalam bab "يدي" : Allah SWT telah berfirman : "وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ" maksud : (Dan langit itu kami bina ia dengan 'Aid kami) [Surah Azzariat : 47]. Aku katakan : firman Allah taala (بِأَيْدٍ) iaitu : بِقُوَّةٍ (dengan kekuatan), ianya adalah masdar (kata terbitan) bagi آدَ، يَئِيْدُ , (dia telah menguatkan, dia sedang/akan menguatkan) إِذَا قَوِيَ (apabila dia menguatkan) dan bukan kata jamak bagi "Yad" (tangan) yang disebut di sini bahkan sebaliknya diletakkan ia didalam bab "د" (dal). Al-Azhari telah menyatakan dalam ayat ini hal berkenaan Al-Aid dengan makna masdar (kata terbitan), dan aku tidak kenali seorang pun dari kalangan Imam-imam bahasa arab atau tafsir yang berpendapat seperti pendapat Al-Jauhari bahawasanya ia adalah kata jamak bagi "yad" (tangan). [Mukhtaru sohah / Bab "يدي" ].
Abu Hassan Al-Asyari telah berkata di dalam "Al-Ibanah" dalam rangka menolak golongan Jahmiyah dan Muktazilah yang mereka ini telah mentakwil sifat tangan bagi Allah taala :
"وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ" maksud : (Dan langit itu kami bina ia dengan 'Aid kami) [Surah Azzariat : 47]. mereka mentakwil : Al-'Aid (tangan) dengan Al-Quwwah (kekuatan), maka tentulah lah firman Allah taala di dalam ayat yang lain seperti : "بِيَدَيَّ " (dengan dua tanganku)[m/s75] akan menjadi "بِقُدْرَتَيَّ " (dengan dua kekuasaanku)?.
Dikatakan kepada mereka bahawa takwil ini rosak dengan beberapa alasan :
Salah satunya : adalah bahawa"اَلْأَيْدُ" bukan kata jamak bagi "اَلْيَدُ" kerana kata jamak bagi "يَدٌ" adalah "أَيْدِيٌ " yang mana ia adalah "نِعْمَةُ أَيَادِي" (nikmat tangan-tangan), Sesungguhnya Allah taala berfirman : "لِمَا خُلِقْتُ بِيَدَيَّ" bermaksud (Dengan apa yang aku ciptakan dengan kedua tanganku) [Surah Sod : ayat 75], Maka firmannya : "dengan kedua tanganku" telah membatalkan , makna firmannya "Kami bina ia dengan 'Aid (tangan)". [Al-Ibanah oleh Imam Al-Asyari (m/s 108)]
Telah berkata Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Attauhid : Telah menyangka sebahagian golongan Jahmiyah : bahawa makna firman Allah taala : Allah telah mencipta Adam dengan kedua tangannya iaitu dengan kekuatannya, mereka menyangka bahawa "اَلْيَدُ" (tangan) adalah "اَلْقُوَّةُ" (kekuatan), ini juga adalah sebagian dari pengubahan makna asal, mereka jahil dalam bahasa arab, kerana "اَلْقُوَّةُ" (kekuatan) dinamakan juga dengan "اَلْأَيْدُ" di dalam bahasa arab dan bukannya "اَلْيَدُ" (tangan), barang siapa yang tidak dapat membezakan antara perkataan "اَلْيَدُ" dan "اَلْأَيْدُ" maka lebih baik dia pergi belajar lagi, dan masuk kelas asas mengeja dan menulis yang mana dia lebih perlukan daripada hal ehwal pengurusan dan perdebatan. [Attauhid m/s 87].