Syubhah
Dakwaan Ibnu Abbas radhiallahuanhu mentakwil lafaz Al-A'yun (Mata).
Mereka menyangka bahawa Ibnu Abbas radhiallahuanhu mentakwil Al-Ain (mata) bagi Allah taala, mereka berkata : Telah berfirman Allah SWT "وَٱصْنَعِ ٱلْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا" yang bermaksud (Buatlah bahtera berserta mata kami) Surah Hud : 37. Telah berkata Ibnu Abbas radhiallahuanhu : " بمرأى منا ": berserta pandangan daripada kami.
Jawab syubhah
Pertama:
Bahawasanya asar ini tidak thabit daripada Ibnu Abbas radhiallahuanhu, Kerana Al-Baghawi menyebutnya tanpa sanad, dan yang thabit daripada Ibnu Abbas radhiallahuanhu bahawasanya dia berkata berkaitan firman Allah SWT : "وَٱصْنَعِ ٱلْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا" yang bermaksud (Buatlah bahtera berserta mata kami) Surah Hud : 37 : "بعين الله " (Bersama mata Allah)
Diriwayatkan oleh :-
Ibnu Abi Hatim (J 6 : m/s 2026)
Ibnu Jarir (J 12 : m/s 34)
Al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa Assifat (m/s 396)
Telah berkata A'tok : Daripada Ibnu Abbas radhiallahuanhu berkaitan firman Allah SWT "تَجْرِي بِأَعْيُنِنَا " (Ia berlayar berserta mata kami) Surah Al-Qamar ; 14, dia berkata : Beliau mengisyaratkan dengan tangannya ke arah kedua matanya . [Diriwayatkan oleh Al-lalikaie (J 3 : m/s 411)]
Ini sangat jelas daripanya didalam mengisbatkan kedua mata bagi Allah SWT.
Perkara ini sangat makruf (diketahui) dikalangan salafu soleh, maka ianya telah disahihkan oleh Abi Imran Al-Juni, Qatadah, Matrof, Khalid bin ma'dan, Abu Nuhaik dan selain daripada mereka.
Kedua:
Berdasarkan asar ini adalah wajib mensabitkannya bukan mentakwil sedikit pun, tetapi ianya dari tafsir billazim (penafsiran mengikut kelazimannya atau kebiasaannya), ini kerana kita sedia maklum bahawa Allah SWT itu memerhati dan melihat apa yang dilakukan oleh Nabi Allah Nuh A.S. dan apa yang direncanakan oleh kaumnya terhadapnya. maka Allah berfirman kepadanya : " إنك تحت نظرنا", bermaksud: (Sesungguhnya engkau dibawah pemerhatian kami), maka jangan engkau takut, ini bukanlah takwilan kepada dua mata sedikit pun, dan bukan juga mengubah lafaz dari zahirnya.
Boleh mentakwil seperti yang mereka sangkakan itu sekiranya tidak thabit bagi Allah itu mata.
Sudah dimaklumi bagi setiap orang yang berakal bahawasanya Nabi Nuh A.S tidak berada didalam diri Allah itu sendiri, dan zat Allah bukanlah tempat bagi makhluk, Maha suci Allah dari yang demikian, tetapi yang dimaksudkan adalah "اَلْحِفْظُ وَالْكِلَاءَةُ" pemeliharaan dan pengawasan.
Bahkan menthabitkan sesuatu yang lazim itu sebahagian dari penthabitan perkara yang dilazimi dengannya, seperti firman Allah SWT : "قَالَ لَا تَخَافَآ اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرٰى" bermaksud : (Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.) surah Taha : 46, iaitu : kamu berdua didalam pemeliharaan dan pengawasanku, itulah yang sahih dan ini bukanlah takwilan kepada melihat dan mendengar tetapi ini bahkan adalah pengisbatan kepada keduanya (mendengar dan melihat) dengan mengisbatkan perkara yang melazimi keduanya.
Telah berkata Addarimi di dalam hujjah balasnya kepada Al-Marisi : (Dan adapun penafsiran engkau mengenai Ibnu Abbas berkaitan firman Allah SWT : "فَاِنَّكَ بِاَعْيُنِنَا" bermaksud : (Sesungguhnya engkau berserta mata kami) Surah At-tur : 48, bahawa dia (Ibnu Abbas) telah berkata : "بِحِفْظِنَا وَكِلَاءَتِنَا" (bersama pemeliharaan dan pengawasan kami) Jika sekiranya benar pun ianya datang dari Ibnu Abbas dan benar dakwaan engkau yang ianya daripada Ibnu Abbas sekalipun maka maksud Ibnu Abbas itu adalah sama seperti mana yang kami dakwa dan bukan seperti mana yang engkau dakwa itu. Dia (Ibnu Abbas) berkata : berserta pemeliharaan kami dan pengawasan kami dengan mata kami, kerana bahawasanya tidak boleh sama sekali didalam percakapan orang arab bahawa disifatkan seseorang itu dengan (kila-ah) pengawasan melainkan pengawas itu sendiri adalah orang yang memiliki mata, sekiranya engkau tidak tahu maka engkau namakanlah sesuatu yang tidak memiliki mata yang disifatkan ia dengan sifat(kila-ah) pengawas. sesungguhnya asal (Al-Kila-ah) pengawasan itu berlaku disebabkan perbuatan memerhati, kadang-kadang seseorang menjadi pengawas tanpa dia memerhati, tetapi dia tidak terlepas dari memiliki mata, demikianlah maksud : mata Allah, maka fahamilah oleh engkau). [Arraddu alal Marisi (J 2 : m/s 831)].
Begitulah juga nukilan Abu Hasan Al-Asyari di dalam Maqalat Al-Islamiyin dan Al-Ibanah mengenai Ijma' Ahli Sunnah diatas pengisbatan dua mata bagi Allah SWT.