أخرجه أبو دود في سننه :-
٤٧٢٦ - حدَّثنا عبدُ الأعلي بن حماد ومحمد بن المثنَّى ومحمد بن بشَّار وأحمدُ بنُ سعيدِ الرّباطي، قالوا: حدَّثنا وهبُ بنُ جرير -قال أحمد: كتبناه من نسخته، وهذا لفظه- حدَّثنا أبي، قال: سمعتُ محمَّد بن إسحاق يُحدثُ، عن يعقوب بن عُتبةَ، عن جُبَير بن محمَّد بن جُبير بن مُطعِم، عن أبيه عن جَدِّه، قال: أتى رسولَ الله -صلى الله عليه وسلم -صلى الله عليه وسلم -أعرابىٌّ، فقال: يا رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، جَهِدَتِ الأنفُسُ، وضَاعَتِ العيالُ، ونُهِكَتِ الأموالُ، وهَلَكت الأنعامُ، فاسْتَسْقِ الله عَزَّ وَجَلَّ لنا، فإنا نستشفِعُ بكَ على الله، ونستشفع بالله عليكَ، قال رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم--: "ويحَكَ! أتدري ما تقول؟ " وسبَّحَ رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم--، فما زال يُسَبِّحُ حتى عُرِفَ ذلك في وجوه أصحابه، ثم قال: "ويْحَكَ! إنه لا يُستشفَعُ بالله على أحدٍ مِن خلقه، شأنُ الله أعظمُ من ذلك، ويْحَكَ! أتدري ما الله، إن عَرشَه على سماواته لهكذا،- وقال بإصبعه مثلَ القُبّة عليه- وأنَّه ليَئِطُّ به أطِيطَ الرّحْلِ بالراكب " قال ابنُ بشَار في حديثه: "إن الله عَزَّ وَجَلَّ فوقَ عرشِه، وعَرشُه فوقَ سماواته"
كتاب سنن أبي داود، 7\106.
Dikeluarkan Abu Daud:-
4726 - Telah menceritakan kepada kami Abdul A'la bin Hamad dan Muhammad bin Al-musanna dan Muhammad bin Bassyar dan Ahmad bin Said Arribati, Mereka berkata: Telah menceritakan Wahab bin Jarir - Telah berkata Ahmad: Telah kami catatkan ia didalam naskhahnya, dan ini lafaznya - Telah menceritakan bapaku, dia telah berkata: Aku telah mendengar Muhammad bin Ishak menceritakan, daripada Yaakub bin Utbah, daripada Jubair bin Muhammad bin Jubair bin Mut'im, daripada bapanya dan daripada datuknya, dia telah berkata: Telah datang kepada Nabi SAW seorang arab badawi maka dia berkata: Wahai Rasulullah SAW - telah keletihan jiwa-jiwa, dan telah kehilangan anak-anak, dan telah terbuang harta benda, dan telah musnah binatang-binatang ternakan, maka mintalah dicurahkan hujan oleh Allah kepada kami, maka sesungguhnya kami minta syafaat engkau keatas Allah, dan kami minta syafaat dengan Allah keatas engkau, Telah bersabdalah Nabi SAW: "Celakalah engkau! Adakah engkau sedar apa yang engkau katakan? Telah bertasbihlah Rasulullah SAW --,maka ketika masih berterusan baginda bertasbih sehingga diketahui perkara ini di raut wajah-wajah sahabatnya, kemudian baginda bersabda: Celakalah engkau! Sesungguhya dia Allah tidak meminta syafaat sesiapa pun dari makhluknya, keadaan Allah itu maha agung dari yang demikian, Celakalah engkau! Adakah engkau tahu siapa Allah, sungguhnya arasynya di atas langit-langitnya seperti ini, - baginda bersabda dengan jari-jemarinya seperti kubah di atasnya- sesungguhnya Allah menghentak kepadanya (arasy) dengan bunyi hentakkan pelapik tempat duduk kepada penunggang" telah berkata Ibnu Basyar didalam hadisnya "Sesungguhnya Allah azzawajalla di atas arasynya, dan arasynya di atas langit-langitnya" Kitab sunan Abi Daud, 7/106.
أخرجه عبد الله بن أحمد في السنة، قال:”ﺣﺪﺛﻨﻲ ﺃﺑﻲ-ﺭﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ-، ﻗﺎﻝ: ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﺣﻤﻦ، ﻋﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ، ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﺇﺳﺤﺎﻕ، ﻋﻦ ﻋﺒﺪ اﻟﻠﻪ ﺑﻦ ﺧﻠﻴﻔﺔ، ﻋﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻗﺎﻝ:”ﺇﺫا ﺟﻠﺲ ﺗﺒﺎﺭﻙ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﻠﻰ اﻟﻜﺮﺳﻲ ﺳﻤﻊ ﻟﻪ ﺃﻃﻴﻂ ﻛﺃﻃﻴﻂ اﻟﺮﺣﻞ اﻟﺠﺪﻳﺪ” .
Dikeluarkan oleh Abdullah bin Ahmad didalam kitab assunnah, dia berkata: "Telah menceritakan kepadaku bapaku (Imam Ahmad bin Hanbal) Rahimahullah-, dia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Rahman, daripada Sufian, daripada Abi Ishak, daripada Abdullah bin Khalifah, daripada Umar radhiallahuanhu dia telah berkata: "Apabila duduk Allah taala di atas kursi didengari kepadanya bunyi hentakan seperti hentakan pelapik tempat duduk tungangan yang baru" Kitab Assunnah : Abdullah bin Ahmad, 1/301
1) Salafu soleh Al-Imam Kharijah bin Mus'ab bin Kharijah Abul Hajjaj Addubaie Assarkhosi.
Wafat sekitar tahun 161 - 170H -"Seorang yang alim dikalangan penduduk Khurasan yang lemah lembut, Beliau telah menggembara untuk menuntut ilmu, seorang yang berusia dan banyak mendengar ilmu. - (Tarikh al-Islam - Azzahabi - 4/348)
Telah menceritakan Ahmad bin Said Abu Ja'far Addarimi, Dia berkata: Aku telah mendengar bapaku berkata: Aku telah mendengar Kharijah, dia berkata: "Jahmiyah adalah orang-orang kafir, hantar kembali wanita-wanita mereka sesungguhnya mereka orang-orang yang telah diceraikan, dan mereka tidak halal lagi bagi suami-suami mereka, Jangan diambil dikira lagi keredhaan-keredhaan mereka dan jangan saksikan jenazah-jenazah mereka, kemudian dia membaca {Surah Taha} "Taa.haa " [Taha:1] "Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan." [Taha:2] sehingga firman Allah "Iaitu (Allah) yang maha pemurah di atas Arasy dia bersemayam" [Taha:5] Adakah boleh bersemayam itu tanpa duduk?" - Kitab sunnah - Abdullah bin Ahmad (1/105)
2)Al-Imam Al-Hafiz Abul Hasan Ali bin Umar bin Mahdi bin Mas'ud bin Nu'man bin Dinar bin Abdullah Al-Bagdadi.
الإمام الحافظ أبو الحسن علي بن عمر بن أحمد بن مهدي بن مسعود بن النعمان بن دينار بن عبد الله البغدادي ويلقب بـ الدَّارَقُطْنِيّ ولد بدار القطن، بغداد (306 هـ - 385 هـ) المقرئ، المحدث، اللغوي، الأديب صاحب المؤلفات المتقنة في علوم القرآن والحديث.
Digelar dengan Addaruqutni, dilahirkan di Dar Al-Qatni, Bagdad. Lahir pada tahun 306H dan wafat pada 385H. Seorang qari Al-Quran, Ulama hadis, pakar bahasa arab, ahli sastera dan penulis karya-karya yang tekun didalam ilmu-ilmu Al-Quran dan hadis.
Telah mendeklamasi Al-Hafiz Abu Hasan Addaruqutni sebuah syair yang menunjukkan diatas sahihnya hadis-hadis ini disisinya sebagai seorang Ulama besar hadis yang bergelar hafiz pada zamannya, maka dia berkata:
Hadis Asyafa'ah di dalam Ahmad ... kepada Ahmad Al-musthofa.
Adapun hadis mengenai duduknya ... di atas arasy juga maka tidak kami membantahnya.
Mereka melalui hadis itu diatas wajahnya ... dan mereka tidak memasukkan padanya apa yang merosakkannya.
Mereka tidak mengingkari bahawa dia duduk ... dan tidak mereka membantah bahawa dia mendudukinya.
#Telah mendeklamasi Abu Talib bin Al-Usyari rangkap-rangkap ini daripada Addaruqutni.
- Kitab Ibtol Attakwilat : Al-Imam Abu ya'la Al-Farra', 493.
Ulama yang mengatakan Allah di atas arasy dan langit.
Imam Abu Hanifah :
Telah berkata:" Barang sesiapa berkata Aku tidak tahu tuhanku di langit atau di bumi maka sesungguhnya dia telah kafir" Al-fiqh Al-Absat : 46.
Telah berkata Abu Hanifah: "Allah taala diseru ketika berdoa dari atas tidak dari bawah kerana bawah tidak menggambarkan ketuhanan dan keilahiannya pada apa pun" Al-fiqh Al-Absat : 51.
وروي عن الإمام مالك رضي الله عنه فقد ذكر الإمام يوسف بن عبد البر في كتابه ( ( التمهيد ) ) 5/149 قال : أخبَرنا أبو محمدٍ عبدُ الله بنُ محمدِ بنِ عبدِ المؤمن، قال: حدَّثنا أحمدُ بنُ جعفرِ بنِ حمدانَ بنِ مالكٍ، قال: حدَّثنا عبدُ الله بنُ أحمدَ بن حنبلٍ، قال: حدَّثني أبي، قال: حدَّثنا سُرَيجُ بنُ النُّعمان، قال: حدَّثنا عبدُ الله بنُ نافع، قال: قال مالكُ بنُ أنس: اللهُ عزَّ وجلَّ في السَّماء، وعِلْمُه في كلِّ مكانٍ، لا يخلُو منه مكانٌ
Diriwayatkan dari Imam Malik RA oleh Al-Imam Yusuf bin Abdul Bar di dalam kitabnya ((Attamhid)) 5/149 dia telah berkata: Telah menceritakan kami Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin Abdul mukmin, Dia telah berkata: Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Jaafar bin Hamdan bin Malik, dia telah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Dia telah berkata: Telah berkata bapaku, dia telah berkata: telah mencerita kepada kami Suraij bin Nu'man, dia telah berkata: telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Nafi' dia telah berkata: Telah berkata Malik bin Anas : "Allah di langit, dan ilmunya di setiap tempat, tidak terlepas dari ilmunya suatu tempat pun".
Ismail bin Yahya Al-Muzani:-
Beliau adalah Abu Ibrahim Ismail bin Yahya bin Ismail bin Amru bin Ishak Al-Muzani, Orang kuat mazhab Assyafie dan yang orang yang paling sahih menakalkan mazhabnya. Adalah seorang yang zuhud, Alim, Mujtahid, seorang yang sangat mendalami makna-makna yang terperinci, Menulis kitab-kitab yang banyak. Telah berkata Imam Asyafie: Al-Muzani pembela mazhabku. Beliau wafat di Mesir tahun 264H. - Ibnu Asir : Kitab Jami'ul Usul 12/179.
Al-Ulu (Meninggi)
Allah Meninggi di Atas arasy pada kemuliaannya dengan zatnya dan dia dekat dengan ilmunya kepada makhluknya, meliputi ilmunya dengan semua perkara, menguasai makhluknya, mendahului perkara yang telah ditakdirkan dan dia maha pemurah dengan keampunan {Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.}[Surah Ghafir:19] . Syarhu sunnah : Al-Muzani, 75.
"Sesungguhnya diceritakan kepada kami bahawasanya (Allah) di langit, maka Allah berfirman: {Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?}[Al-Mulk:16]
{Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?}[Al-Mulk:17]
dan Allah befirman: {Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik}[Al-Faatir:10]
{Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu}[Ali-Imran:55]
{Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya }[Annisa':158]
Kitab Arrad ala Jahmiyah : Imam Ahmad bin Hanbal, 146.
Ijmak ulama Ali Sunnah mengenai sifat-sifat Allah difahami secara hakikat.
قال أبو عمر أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
Telah berkata Abu Umar (Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Abdul Bar) bahawa Ahli sunnah berijmak diatas mengakui sifat-sifat Allah yang datang kesemuanya didalam Al-Quran dan Asunnah dan juga beriman denganya serta mengambil (makna)nya secara hakikat bukan secara majaz (takwil) selain dari mereka tidak membagaimanakan sesuatu pun dari yang demikian dan tidak mengehadkan padanya sifat yang terbatas, adapun ahli bid'ah, jahmiyah, muktazilah, dan khawarij maka kesemua mereka mengingkarinya dan mereka tidak mengambil (makna)nya secara hakikat. dan mereka menyangka bahawa orang yang bersetuju dengannya musyabbih, mereka ini disisi orang mensabitkanya adalah orang yang menafikan bagi Allah dan kebenaran pada apa yang mereka katakan seperti berkatanya Al-Quran dan sunnah rasulnya yang mereka ini adalah Imam-imam Jamaah dan Alhamdulillah.
Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Abdul Bar: Kitab Attamhid, 7/145